Welcome visitor you can login or create an account.

Dropship

PROGRAM DROPSHIPPING BARANGANBAYIMURAH.COM

“Dropshipping merupakan konsep perniagaan yang membolehkan sesorang berniaga tanpa perlu membeli atau menyimpan stok. Pelanggan juga tidak perlu bersusah payah untuk menguruskan penghantaran produk kepada pelanggan. Mereka yang didaftarkan sebagai agen dropship hanya perlu mempromosikan produk yg ada di baranganbayimurah.com ke laman web persendirian/Blog/Facebook/Mudah atau lain-lain secara online atau offline”

JUAL PRODUK TANPA PERLU SIMPAN/BELI STOK

(0% kerugian)

 

Kelebihan Dropshipper :

1.Tidak perlu modal besar.
2.Tidak perlu menyimpan stock barang. Buat pesanan bila pembeli anda telah membuat bayaran.
3.Tidak perlu risau dengan masalah barang yang rosak kerana lama tersimpan/tidak laku.
4.Tidak perlu melakukan aktiviti ‘packing’ dan menghantar produk yang anda jual kepada pelanggan kerana semua ini baranganbayimurah.com yang melakukannya.

 

BAGAIMANA PROGRAM DROPSHIPPING BOLEH MENJANA KEUNTUNGAN ?

Agen Drosphip boleh menjana keuntungan melalui perbezaan harga yang di tawarkan kepada agen. Harga agen adalah berbeza dari harga pengguna seperti yang dipaparkan di laman web. Contoh keuntungan yang diperolehi adalah seperti berikut :

Harga jualan untuk pengguna = RM100

Harga istimewa untuk agen = RM80

Jika agen menjual di laman Blog atau Facebook mereka pada harga RM100, agen akan mendapat keuntungan RM20 untuk jualan tersebut tanpa perlu menyimpan stok dan menguruskan penghantaran.

Harga di Web termasuk kos penghantaran. Kos postage bergantung  pada berat & jenis courier yg dipilih dgn harga yang berpatutan. Agen juga boleh refer album di group untuk harga dropship.

 

TERMA DAN SYARAT PROGRAM DROPSHIPPING BARANGANBAYIMURAH.COM

  • Terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas
  • Pihak pengurusan berhak menolak atau menggugurkan taraf agen yang gagal mematuhi syarat yang ditetapkan.
  • Harga yang dipaparkan termasuk kos penghantaran
  • Uruniaga jual beli adalah tertakluk kepada terma & syarat di laman baranganbayimurah.com
  • Tertakluk kepada perubahan dari pihak pengurusan dari masa ke semasa

 

×
×
×
×
×
×
×